selamat datang ke blog kami..bertiga....

Blog kami bertujuan untuk menyampaikan segala perkara atau isu yang dibincangkan dalam kelas media,budaya dan masyarakat

Monday, October 18, 2010

Peranan Media Untuk Mengembalikan Penghayatan Ramadhan & Perayaan-perayaan Yang Lain

  Media seperti televisyen, radio , surat khabar , iklan , promosi jualan , baucher dan sebagainya memainkan peranan masing-masing dalam menghayati semula Ramadhan dan perayaan-perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina , Deepavali , Pesta Kaamatan dan sebagainya.


  Sebagai contohnya , kita boleh mendapati waktu Insak dan waktu berbuka puasa melalui televisyen dan juga radio.Hal ini kerana kedua-dua media ini merupakan media yang sering diguna oleh masyarakat setiap hari. Suri rumah tangga dan kanak-kanak yang berada di rumah selalu menonton television manakala dalam kalangan pemandu pula selalu mendengar kepada radio dalam perjalanan ke destinasi yang diingini.Lagipun iklan juga mudah dan senang didapati di televisyen.Iklan merupakan satu media yang menyebarkan maklumat kepada masyarakat dengan cepat kerana ia mudah menarik perhatian orania mudah menarik perhatian orang ramai.

Selain itu,radio juga telah mempunyai rancangan-rancangan program seperti menyampai salam kepada kawan-kawan ataupun ahli keluarga terutamanya semasa musim perayaan.Hal ini dapat membantu serba sedikit dalam penghayatan apa-apa jua perayaan.Di samping itu,stesen-stesen radio juga akan memainkan lagu-lagu yang mana temanya sama dengan perayaan-perayaan yang akan datang.Hal ini membuat orang ramai lebih dapat merasai suasana untuk berhari raya dan seterusnya dapat meghayati perayaan yang akan kami sambut.


Promosi jualan juga dikira sebagai salah satu media yang digunakan untuk menghayati balik perayaan-perayaan.Apabila tiba musim perayaan,pelbagai promosi jualan akan diadakan juga.Sebagai contohnya,promosi jualan bagi makanan hari perayaan,pakaian-pakaian dan sebagainya.Masyarakat mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis promosi jualan ini dan seterusnya penghayatan perayaan-perayaan dapat dilakukan.Promosi jualan juga dapat disebarkan maklumatnya melalui baucher-baucher dan diagih kepada masyarakat di tepi jalan ataupun di tempat yang berdekatan dengan pasar raya.Selain itu,surat khabar-surat khabar juga boleh memaparkan maklumat atau promosi yang berkaitan dengan musim-musim perayaanyang tertentu.Surat khabar merupakan media yang dibaca oleh orang ramai setiap hari.Justeru itu,orang ramai juga mudah mendapat maklumat melalui surat khabar.

Natijahnya,media memainkan peranan yang penting dalam mengembalikan penghayatan bulan Ramadhan dan perayaan-perayaan yang lain dan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

autumn animated leaves falling 31000 pictures, backgrounds and images