selamat datang ke blog kami..bertiga....

Blog kami bertujuan untuk menyampaikan segala perkara atau isu yang dibincangkan dalam kelas media,budaya dan masyarakat

Tuesday, August 17, 2010












SEJARAH RTM....



1)Penubuhan.


Sejarah penyiaran radio dimalaysia bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor,A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur, melalui gelombang 325 meter.Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.
Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambilalih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.
1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.Bermula dari sejarah tersebut dapat di simpulkan bahawa RTM sudah lama bertapak dalam dunia penyiaran negara.Kini Rtm menjangkau usia 64 tahun sejak penubuhannya.kini rtm mempunyai beberapa rangkaian saluran television dan rangkaian saluran radio percuma,antaranya ialah;

2)Rangkaian saluran RTM

Rangkaian Televisyen RTM

a) TV1
b) TV2
c) RTM
d) Muzik Aktif- di saluran 180 Astro

Rangkaian Radio RTM

a) Klasik Nasional
b) Muzik FM
c) KL FM
d) TraXX FM
e) Ai FM
f ) Minnal FM
g) Asyik FM


Rangkaian Saluran Negeri


1) Perlis FM
2) Kedah FM
3) Mutiara FM
4) Perak FM
6) Selangor FM
7) Negeri FM
8) Melaka FM
9) Johor FM
10) Pahang FM
11)Terengganu FM
12) Kelantan FM
13) Sarawak FM
14) Sarawak Saluran Etnik - WAI FM
15) Sarawak Rangkaian Merah - Red FM
16) Sabah FM
17) Sabah Siaran Pelbagai Bahasa - Sabah V FM


Rangkaian saluran Daerah


1) Kedah - Langkawi FM
2) Sarawak - Sibu FM
3) Sarawak - Limbang FM
4) Sarawak - Miri
5) Sarawak,Sri Aman - RaSA FM
6) Sabah - Sandakan FM
7) Sabah - Tawau FM
8) Johor Bahru-FM Stereo Johor Bahru

Hingga kini,rtm semakin maju sepak demi setapak dalam arena penyiaran negara,antara agensi pautan rtm ialah agensi-agensi kerajaan,dan menjalin kerjasama juga dengan astro(bernama) dan media prima.

by: Awang Sabriyan Syah Bustan/BA10110037(UMS-KOMUNIKASI)

autumn animated leaves falling 31000 pictures, backgrounds and images