selamat datang ke blog kami..bertiga....

Blog kami bertujuan untuk menyampaikan segala perkara atau isu yang dibincangkan dalam kelas media,budaya dan masyarakat

Monday, October 18, 2010

Mengapa media penting?Bagaimana media mempengaruhi diri anda?

Setiap manusia pasti dipengaruhi oleh sesuatu media seperti televisyen,radio,internet,telefon dan sebagainya.. Saya juga telah dipengaruhi oleh beberapa media seperti internet,televisyen dan telefon bimbit.. Contoh media internet mempengaruhi kehidupan seharian saya adalah iaitu saya suka melayari facebook setiap hari. Tanpa melayari facebook sehari, saya akan berasa suatu yang kurang dalam diri saya. Hal ini kerana tujuan saya melayari facebook adalah untuk berhubung dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak jumpa dan untuk berkenalan dengan yang baru.. Selain itu, media televisyen(tv) juga banyak mempengaruhi diri saya. Saya suka menonton rancangan-rancangan seperti yang mempunyai ada unsur hiburan cintohnya af,mentor serta rancangan yang mempunyai ilmu seperti national geographic. Rancangan-rancangan ini buat saya terhibur dan mengisi masa lapang saya dengan baik.Namun, saya paling meminati rancangan sukan.perkara ini telah mempengaruhi saya dalam membentuk personaliti saya dimana saya merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang sukan. Akhir sekali telefon bimbit amat mempengaruhi diri saya. Saya suka message dan bercakap dengan kawan-kawan saya apabila ada masa lapang. Kalau tiada telefon, tidak rasa selesa. Begitu kuat pengaruh media dalam kehidupan seharian saya.

Begitu juga media mempengaruhi kawan saya fazly dan sabri. Berikut adalah pengakuan dari fazly tentang sejauh mana media mempengaruhi dia.Katanya" Saya merupakan orang yang suka menonton televisyen,mendengar muzik dan lagu.Justeru itu,saya juga akan dipengaruhi oleh media.Sebagai contohnya,saya saya akan belajar cara pemakaian melalui artis-artis di TV ataupun program TV yang mengajar kita bagaimananya cara memakai yang boleh menonjolkan peribadi diri sendiri.Selain itu,rancangan-rancangan di televisyen juga boleh membawa mesej kepaada kita semua.Saya boleh menerima mesej yang hendak disampaikan melalui rancangan televisyen dan seterusnya menghayati dalam kehidupan seharian saya diri sendiri.Di samping itu,lagu yang berfungsi sebagai media juga membawa tema atau mesejnya diri sendiri.Ketika saya berasa tertekan atau penat,saya suka mendengar lagu yang saya sukai bagi melepaskan tekanan.Saya juga boleh mendapat mesej yang hendak disampai melalui sesebuah lagu melalui lyricnya.Kesimpulannya,bagi saya,media memang dapat mempengaruhi setiap orang dari segi yang berbeza ".

keberkesanan internet sebagai penyebar maklumat berbanding media tradisional

Media dikenali sabagai penyerbar maklumat.Penyerbar maklumat ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu media tradisonal dan media baru.Media tradisional merujuk kepada surat khabar,majalah,radio,televisyen dan lain-lain.Media baru pulu merujuk kepada internet.

Internet dikatakan lebih berkesan sabagai penyebar maklumat berbanding dengan media tradisional mesti mempunyai sebab-sebab tertentu.Antara sebabnya,internet dapat mengatasi sempadan Geografi  dan blog percuma membolehkan kita berkomunikasi dengan rakan sekeliling.Sebagai contoh,parti politik yang tidak boleh menyebarkan maklumat mengenai parti sendiri melalui televisyen,mereka akan menyebar melalui internet .Selain itu,kita boleh membaca maklumat terkini dari seluruh dunia dengan hanya menekan butang komputer dan dapat memperolehi maklumat dengan muda secara percuma,hanya dengan menaip kata kunci.Dari segi pendidikan pula,maklumat terkini mengenai program sekolah atau universiti dapat disebarkan malalui portal sekolah atau universiti sendiri.Dari segi perdagangan pula,memudah pembeli.Dengan cara ini,pembeli boleh membeli barangan yang dikehendaki tanpa keluar dari rumah.Secara tidak langsung,masa dapat dijimatkan.
Sebagai kesimpulan,internet berkesan atau tidak berbanding dengan media tradisional adalah bergantung pada tempat.

Peranan Media Untuk Mengembalikan Penghayatan Ramadhan & Perayaan-perayaan Yang Lain

  Media seperti televisyen, radio , surat khabar , iklan , promosi jualan , baucher dan sebagainya memainkan peranan masing-masing dalam menghayati semula Ramadhan dan perayaan-perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina , Deepavali , Pesta Kaamatan dan sebagainya.


  Sebagai contohnya , kita boleh mendapati waktu Insak dan waktu berbuka puasa melalui televisyen dan juga radio.Hal ini kerana kedua-dua media ini merupakan media yang sering diguna oleh masyarakat setiap hari. Suri rumah tangga dan kanak-kanak yang berada di rumah selalu menonton television manakala dalam kalangan pemandu pula selalu mendengar kepada radio dalam perjalanan ke destinasi yang diingini.Lagipun iklan juga mudah dan senang didapati di televisyen.Iklan merupakan satu media yang menyebarkan maklumat kepada masyarakat dengan cepat kerana ia mudah menarik perhatian orania mudah menarik perhatian orang ramai.

Selain itu,radio juga telah mempunyai rancangan-rancangan program seperti menyampai salam kepada kawan-kawan ataupun ahli keluarga terutamanya semasa musim perayaan.Hal ini dapat membantu serba sedikit dalam penghayatan apa-apa jua perayaan.Di samping itu,stesen-stesen radio juga akan memainkan lagu-lagu yang mana temanya sama dengan perayaan-perayaan yang akan datang.Hal ini membuat orang ramai lebih dapat merasai suasana untuk berhari raya dan seterusnya dapat meghayati perayaan yang akan kami sambut.


Promosi jualan juga dikira sebagai salah satu media yang digunakan untuk menghayati balik perayaan-perayaan.Apabila tiba musim perayaan,pelbagai promosi jualan akan diadakan juga.Sebagai contohnya,promosi jualan bagi makanan hari perayaan,pakaian-pakaian dan sebagainya.Masyarakat mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis promosi jualan ini dan seterusnya penghayatan perayaan-perayaan dapat dilakukan.Promosi jualan juga dapat disebarkan maklumatnya melalui baucher-baucher dan diagih kepada masyarakat di tepi jalan ataupun di tempat yang berdekatan dengan pasar raya.Selain itu,surat khabar-surat khabar juga boleh memaparkan maklumat atau promosi yang berkaitan dengan musim-musim perayaanyang tertentu.Surat khabar merupakan media yang dibaca oleh orang ramai setiap hari.Justeru itu,orang ramai juga mudah mendapat maklumat melalui surat khabar.

Natijahnya,media memainkan peranan yang penting dalam mengembalikan penghayatan bulan Ramadhan dan perayaan-perayaan yang lain dan masing-masing.

Iklan Aidilfitri TV3 2010 Macam Krismas


Melalui video yang dipaparkan, kita boleh lihat dimana video ini ialah tentang iklan hari raya 2010 yang dikeluarkan oleh tv3.Sejak iklan ini dipaparkan,banyak reaksi negetif yang diterima ini oleh kerana iklan ini sepertimana yang bole dilihat telah memaparkan dimana banyak "benda" yang dicampur dalam iklan ini antara contoh yang dipaparkan ialah"
1.seawal babak iklan ni,iaitu ketika budak lelaki tu buka page buku tu,perasan x jenis tulisan kat page sebelum tu, macam tulisan Yahudi(jewish/Hebrew alphabet).
2.Bila muncul je orang tua dengan kenderaan terbangnya tu memang sah-sah macam santa claus dalam perayaan krismas agama kristian.
3.Babak 0:27,pergerakkan awan seakan-akan telah 'menyalibkan' 4 menara masjid tue.kebetulan?sama-sama kita renungkan..
4.Dan semua imej bunga tertai dalam iklan ni membawa imej agama Budha..
melalui perkara ini, pihak tv3 harus memikirkan semula tindakan mereka dalam isu ini...ini kerana agama merupakan isu yang sensitive bila dibincang mahupun di guna dalam iklan...
mereka sepatutnya harus tidak mengeluarkan iklan seperti ini kerana perkara ini akan membawa kepada isu berbangkit..

Sunday, October 17, 2010

Perkembangan media massa

Kepesatan pembangunan dan penggunaan media massa ketika ini sememangnya telah membantu memudahkan segala urusan harian manusia yang termasuk  dalam lapangan perniagaan tidak kira sama ada ianya berskala besar ataupun kecil.
     Secara tidak langsung ia telah mengubah institusi-institusi yang terdapat di dalam masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Khasnya, dalam bidang komunikasi media yang menyaksikan kemunculan pesat teknologi terbaru dalam bidang ini.
     Teknologi komunikasi di sini dapat dibahagikan kepada dua Pertama, ialah media cetak yang meliputi buku, majalah, dan akhbar. Kedua, ialah media elektronik yang meliputi televisyen, radio, satelit dan Internet.     
    Sebagai salah satu daripada institusi yang penting dalam masyarakat, media massa sebagai agen komunikasi sering menjadi tumpuan utama dalam usaha memahami proses perkembangan dan perubahan masyarakat.
     Maka, adalah diakui bahawa media telah memainkan peranan yang besar bermula dari masyarakat di Zaman Pertanian (Agriculture Society), Industri (Industrial Society) dan masa kini yang dikenali sebagai Zaman Maklumat (Information Age) dalam meningkatkan tamadun serta tahap ekonomi manusia.
     Jelas bahawa media mass dari dahulu sehingga kini berperanan besar dalam memantapkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat di mana sahaja.  Masyarakat usahawan cukup memerlukan media massa yang berkesan yang mampu membantu mereka untuk berjaya dalam mencapai matlamat mereka untuk menjadi usahawan yang berkesan.
      Maka, tidak hairanlah bahawa kaum Cina di Malaysia yang terkenal dengan keusahawanan mereka walaupun berjumlah kurang daripada 30 peratus penduduk negara memiliki lebih akhbar daripada yang di dalam Bahasa Malaysia, iaitu Bahasa Kebangsaan yang seharusnya difahami oleh setiap rakyat Malaysia yang pandai membaca.
      Kaum Cina pula terdedah kepada berbagai majalah dan buku yang bersifat keusahawanan yang dalam bahasa Mandarin dan Kantonis sama ada diterbitkan di Malaysia atau diimpot. Juga, mereka cukup cepat menterjemahkan ke bahasa Cina bahan-bahan keusahawanan terkini bagi memastikan usahawan mereka akan sentiasa mendapatkan maklumat dan ilmu terkini.
     Namun begitu, untuk menjayakannya media memerlukan suasana atau iklim yang sihat dan bebas untuk menyebarkan apa yang perlu.  Juga, untuk memainkan peranan yang lebih efektif media perlukan pendekatan yang lebih menumpu atau fokus untuk memantapkan budaya keusahawanan di kalangan ummah yang berminat dan yang terlibat dalam keusahawanan.   Juga, untuk merangsangkan lebih ramai ummah untuk menjadi usahawan dan berjaya dalam bidang yang mereka pilih.  
    Walaupun, Malaysia memiliki beberapa perundangan yang membataskan kebebasan media massa, lazimnya ianya adalah bersifat politik ataupun perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan serta perpaduan dan bukannya ekonomi atau perniagaan.  
     Maka, tiada alasan bahawa media massa di Malaysia tidak boleh menerbitkan bahan-bahan yang membina masyarakat ummah yang  cintakan keusahawanan.  Media massa terutamanya yang di dalam Bahasa Malaysia perlu memberi tumpuan kepada berita dan maklumat yang membina semangat keusahawanan selain daripada bahan-bahan yang meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat mereka.
     Maka, para usahawan ummah seharusnya dididik untuk menggunakan semua media massa yang berkenaan untuk bukan sahaja memantapkan ilmu mereka serta mendapatkan maklumat yang terkini tetapi juga isu-isu semasa yang boleh mempengaruhi perkembangan industri yang mereka terlibat.
      Seorang usahawan yang maju adalah yang berilmu dan mahir dalam bidangnya serta mengetahui apa yang berlaku di dalam masyarakat, negara dan dunia.  Ini adalah bagi mengupayakannya untuk bertindak secara proaktif dalam dunia yang kian pesat global.     
      Kita seharusnya sedar bahawa dunia kita hari ini semakin kebergantungan.  Iaitu, kita tidak dapat lari daripada apa yang belaku di negara orang terutamanya apabila mereka adalah gergasi. Maka, usahawan kini perlu lebih bijak bertindak secara proaktif untuk mengurangkan kesan negatif sebarang kemelesetan atau krisis ekonomi, terutamanya di peringkat global.
      Sebaliknya, kita perlu cekap mengambil kesempatan sebaik-baiknya jika ada peluang.  Saya yakin mereka yang cekap menggunakan media massa yang semestinya termasuk Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai bidang mereka akan pasti mampu bertindak pantas mengambil peluang serta mengurangkan kesan buruk yang menimpa usahawan di tempat lain
    Perlu juga ditegaskan bahawa media massa lumrahnya adalah sejenis perniagaan atau industri yang mampu membawa keuntungan.  Maka, resminya usahawan media massa akan memberi penekanan kepada apa yang melariskan perkhidmatan atau pengeluaran mereka.  Bagi media massa harian mahupun yang bersifat cetak atau elektronik akan menumpu kepada apa yang akan mendapat sambutan hangat daripada pendengar, penonton dan pembaca.  Mereka pula berebut-rebut untuk menjadi nombor satu atau antara yang terkemuka maka tidak hairanlah resminya bahan yang diterbitkan adalah yang dijangka mampu menarik perhatian pelanggan atau bakal pengguna seramainya.   Akibatnya, bahan media massa umumnya bersifat yang mengempar atau menghiburkan. 
      Namun begitu, di Malaysia kian banyak penerbitan yang berjurusan ekonomi, perniagaan atau keusahawanan dalam Bahasa Kebangsaan yang dimajukan.  Ini bukan sahaja yang bersifat ilmiah atau jurnal tetapi juga untuk tetapan umum atau usahawan.  Ada juga majalah ekonomi atau dagangan ataupun keusahawanan yang terkubur akibat kurang sambutan. 
    Apa yang diharapkan ialah syarikat-syarikat media massa yang berkenaan akan terus menerbitkan majalah atau menambahkan ruangan khas dalam akhbar mereka yang mampu merangsangkan minat keusahawanan di kalangan ummah walaupun keuntungannya tidak seberapa. Usaha ini haruslah dianggap sebagai  tanggungjawab-sosial.  Ini kerana masyarakat ummah masih boleh dianggap ketinggalan di dalam bidang keusahawanan, khas di Malaysia.
     Pihak institusi pendidikan dan pengajian tinggi pula harus memajukan penulisan dan penemuan mereka ke tahap yang boleh mendatangkan manufaat kepada ummah biasa.  Ini termasuk bagi bagi bahan yang mampu membantu usahawan ummah.  
      Di Malaysia media massa sejak perkembangan awalnya lagi telah terlibat menggalakkan  ummah untuk menjadi usahawan.  Misalnya, radio telah mengadakan berbagai program untuk membuat ummah Melayu berminat di dalam keusahawanan.  Ini lagi-lagi selepas Dasar Ekonomi Baru digubal dan tindakan dibuat bagi bukan sahaja membasmi kemiskinan bagi semua kaum tetapi juga bahawa rakyat Malaysia tidak lagi dilihat dari segi pekerjaan atau bidangnya.
      Kini, media massa adalah lebih berbagai dan interaktif. Maka, semuanya boleh digunakan untuk meningkat dan memantapkan keusahawanan.  Namun begitu, sebelum mengemukakan pandangan dan pendekatan bagi meningkatkan peranan media massa dalam memantapkan budaya keusahawanan ummah baiklah kita melihat suasana atau kedudukan media massa di Malaysia dan minat masyarakat terhadapnya menurut jenis-jenisnya.
       Tinjauan Indek Media Nielsen bagi tahun 2008 menunjukan bahawa media massa perdana terus mendominasi di Malaysia.  Iaitu, radio dan televisyen boleh diterima oleh lebih 90 peratus penduduk Malaysia manakala akhbar 54 peratus.   Tembusan atau jangkauan Internet pula meningkat lelbih seganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.  Internet kini diterima oleh dua daripada 10 penduduk Malaysia dan bilangan ini kian meningkat
      Rumusan yang boleh kita buat ialah media tradisional seperti media cetak, radio dan TV akan terus kuat berperanan di kalangan rakyat.  Bagaimanapun, Internet akan cepat menjadi bahagian penting di dalam kehidupan masyarakat Malaysia.  Ini terutamanya di kalangan anak muda yang kian mahir dan berpengalaman menggunakan Internet.

Etika Dalam Media

Media adalah suatu penghubung antara dua atau lebih pihak dan menyampaikan hal-hal yang berpengaruh besar terutama pada pihak penerima. Dalam hal ini adalah media komunikasi dan memiliki pengaruh besar terhadap persepsi publik. Karena itu isi dari media diatur sedemikian rupa dalam hukum yang berlaku internasional maupun regional. Aturan yang paling fundamental mengenai media di Amerika adalah The First Amandement yang pada intinya kebebasan untuk berbicara adalah hak setiap orang. Dari Undang-Undang itu aturan mengenai media dan kebebasan untuk berbicara (Freedom of Speech) berkembang menjadi aturan yang lebih khusus dan spesifik.
Dengan berkembangnya kedua hal diatas, mulailah dibuat lembaga yang mengatur arus informasi publik dan tanpa menyesatkan dan adil pada semua pihak. Di Amerika lembaga yang mengatur media penyiaran adalah Federation Communication Commision (FCC) yang menentukan aturan-aturan baku dan standar yang semestinya dijalankan organisasi yang bergerak dibidang media dan telekomunikasi. Di Indonesia lembaga yang bekerja dengan prinsip yang sama seperti ini adalah Komisi Penyiaran Indonesia (KPI).

Dalam perjalanannya, mereka tidak hanya membuat dan mensosialisasikan aturan mengenai penyiaran, tetapi juga melakukan tindakan atas sengketa atau pelanggaran yang dilakukan organisasi penyiaran. Salah satu kegiatan KPI yang menyedot perhatian masyarakat adalah mengenai pengaturan kembali frekuensi radio yang digunakan sehingga lalu lintas radio yang ada lebih teratur serta anggapan isu monopoli yang dilakukan oleh salah satu perusahaan televisi berbayar yang menguasai hak siar untuk pertandingan sepak bola Liga Inggris.

Beberapa isu yang berkaitan erat dengan hukum dan kebijakan media salah satunya adalah mengenai privasi, hak cipta, pornografi, dan kepemilikan media.  Permasalahan mengenai privasi dibahas awalnya pada The Fourth Amendement karena pada masa pengubahannya isu mengenai hak pribadi seseorang sudah menjadi perdebatan umum karena kebanyakan orang Amerika menganggap privasi mereka merupakan hak yang paling pribadi tetapi hal ini belum sejelas seperti yang ada pada kebebasan berbicara karena belum ada payung hukum yang mengatur hal ini. The Fourth Amandement menjamin “..the right of the people to be secure in their persons, houses, papers, and effects, against unreasonable searches and seizures.”

Hukum yang mengatur berbagai hal dalam media dan penggunaannya memiliki lingkup yang luas. Sehingga walaupun sudah dibuat aturan sedemikian rupa tetap saja masih terdapat celah terjadinya pelanggaran yang tidak bisa untuk dikenakan tuntutan hukum karena sifatnya yang bebas. Oleh karena itu diperlukan suatu pemahaman bersama dalam penggunaan media komunikasi. Pemahaman tersebut adalah kode etik. Kode etik atau etika mengarahkan manusia sebagai pengguna media untuk dapat memanfaatkan media sebaik mungkin dan meminimalkan efek negatif dari media.

Etika dalam media juga dibagi ke dalam jenis-jenis pengguna dengan latar belakang yang berbeda. Seperti pada jurnalis, mereka memiliki kode etik untuk selalu menyampaikan kebenaran dalam setiap berita atau informasi yang diberikan kepada khalayak. Di Indonesia sendiri terdapat aturan khusus yang harus dipatuhi oleh para insan jurnalis tertuang dalam Kode Etik Jurnalistik (KEJ) dan sudah disepakati oleh berbagai organisasi jurnalistik. Ada pula kode etik untuk praktisi hubungan masyarakat. Para humas diharapkan untuk menarik perhatian publik dengan tetap memberikan informasi yang benar. Sedangkan pada pekerja periklanan, aturan yang diberlakukan mulai dari persuasi yang disebarkan sampai kepada jenis-jenis barang atau jasa yang diizinkan untuk ditawarkan pada khalayak.

Di Indonesia kode etik dalam media baik untuk masing-masing cakupan pekerjaan memang sudah ada dan disosialisasikan sejak lama. Untuk sebagian kalangan sudah dijalankan dengan benar kode etik tersebut. Tetapi masih saja ada pihak-pihak yang menyalahgunakan kewenangan mereka sehingga menimbulkan perbuatan yang melanggar kode etik dalam media yang menampilkan informasi pada khalayak.

Salah satu contohnya adalah banyak kejadian wartawan gadungan ataupun wartawan dari media cetak atau media elektronik yang memungut bayaran dalam peliputan berita mereka. Ada pula kejadian suatu pembuat iklan yang menampilkan fakta secara berlebihan bahkan terkadang bohong untuk menarik minat masyarakat dalam meningkatkan penjualan produknya.

Beberapa hal diatas adalah pelanggaran kode etik dalam penggunaan media serta dalam ruang lingkup profesi. Etika dalam media yang tidak diindahkan ini akan membuat kesalahpahaman pada masyarakat dan dapat pula menimbulkan keresahan yang berlebihan.

Maksud Masyarakat

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.




Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.



Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.



Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: penipuan, pencurian, keganasan, peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan perkauman itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal.


diambil dari wikipedia

maksud budaya atau kebudayaan

Menurut wikipedia Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal)
  secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

                                              PENGERTIAN
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).




Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.



Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

DIAMBIL DARI WIKIPEDIA

Maksud media massa

    Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio, televisyen dan internet yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama:
Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio, televisyen dan internet yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks.
ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks.
 
autumn animated leaves falling 31000 pictures, backgrounds and images