selamat datang ke blog kami..bertiga....

Blog kami bertujuan untuk menyampaikan segala perkara atau isu yang dibincangkan dalam kelas media,budaya dan masyarakat

Monday, October 18, 2010

Mengapa media penting?Bagaimana media mempengaruhi diri anda?

Setiap manusia pasti dipengaruhi oleh sesuatu media seperti televisyen,radio,internet,telefon dan sebagainya.. Saya juga telah dipengaruhi oleh beberapa media seperti internet,televisyen dan telefon bimbit.. Contoh media internet mempengaruhi kehidupan seharian saya adalah iaitu saya suka melayari facebook setiap hari. Tanpa melayari facebook sehari, saya akan berasa suatu yang kurang dalam diri saya. Hal ini kerana tujuan saya melayari facebook adalah untuk berhubung dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak jumpa dan untuk berkenalan dengan yang baru.. Selain itu, media televisyen(tv) juga banyak mempengaruhi diri saya. Saya suka menonton rancangan-rancangan seperti yang mempunyai ada unsur hiburan cintohnya af,mentor serta rancangan yang mempunyai ilmu seperti national geographic. Rancangan-rancangan ini buat saya terhibur dan mengisi masa lapang saya dengan baik.Namun, saya paling meminati rancangan sukan.perkara ini telah mempengaruhi saya dalam membentuk personaliti saya dimana saya merupakan seorang yang aktif dalam pelbagai bidang sukan. Akhir sekali telefon bimbit amat mempengaruhi diri saya. Saya suka message dan bercakap dengan kawan-kawan saya apabila ada masa lapang. Kalau tiada telefon, tidak rasa selesa. Begitu kuat pengaruh media dalam kehidupan seharian saya.

Begitu juga media mempengaruhi kawan saya fazly dan sabri. Berikut adalah pengakuan dari fazly tentang sejauh mana media mempengaruhi dia.Katanya" Saya merupakan orang yang suka menonton televisyen,mendengar muzik dan lagu.Justeru itu,saya juga akan dipengaruhi oleh media.Sebagai contohnya,saya saya akan belajar cara pemakaian melalui artis-artis di TV ataupun program TV yang mengajar kita bagaimananya cara memakai yang boleh menonjolkan peribadi diri sendiri.Selain itu,rancangan-rancangan di televisyen juga boleh membawa mesej kepaada kita semua.Saya boleh menerima mesej yang hendak disampaikan melalui rancangan televisyen dan seterusnya menghayati dalam kehidupan seharian saya diri sendiri.Di samping itu,lagu yang berfungsi sebagai media juga membawa tema atau mesejnya diri sendiri.Ketika saya berasa tertekan atau penat,saya suka mendengar lagu yang saya sukai bagi melepaskan tekanan.Saya juga boleh mendapat mesej yang hendak disampai melalui sesebuah lagu melalui lyricnya.Kesimpulannya,bagi saya,media memang dapat mempengaruhi setiap orang dari segi yang berbeza ".

No comments:

Post a Comment

autumn animated leaves falling 31000 pictures, backgrounds and images